Sunday 4 December 2011

Pesan Nabi sebelum kita tidur ...

 

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)


Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam seketika?"


Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 
  • Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
  • Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3 x)

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  • Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
  • Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
  • Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x)