Sunday 4 December 2011

Teater Badai Semalam

Novel Badai Semalam tulisan Khadijah Hassim
telah menjadi teks sastera ketika aku di tingkatan lima.



Sinopsis Novel Badai Semalam
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya.

Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.
Poster Teater Badai Semalam.

Aku telah menyaksikan teater Badai Semalam ini bersama rakan lama ketika
belajar di tingkatan lima (Sharifah Noor Faridzah).


Aku telah menyaksikan teater Badai Semalam ini di Istana Budaya pada 18.11.2011 bersama rakan sekolah ketika di tingkatan lima iaitu Sharifah Noor Faridzah. Ini merupakan pengalaman pertama aku menyaksikan teater di panggung Istana Budaya. Memang suatu pengalaman yang menyeronokan kerana berpeluang menyaksikan lakonan mantap Erra Fazira, Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Umie Aida, Emelda Rosmila & Ziela Jalil secara nyata. 

Sungguhpun teater ini memakan masa 3 jam, namun aku puas kerana teater ini berjaya dipersembahkan dengan baik sekali. Adaptasi daripada novel Badai Semalam ini berjaya mengimbau kenangan silam semasa novel ini dijadikan teks sastera ketika aku di tingkatan lima. Sekalung tahniah kepada para pelakon yang berjaya membawa watak masing2.

No comments:

Post a Comment