Saturday 3 December 2011

Filem Ombak Rindu



Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

p/s : Filem Ombak Rindu merupakan adaptasi daripada novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Adaptasi ringan ini berjaya dipersembahkan dengan baik. Sungguhpun begitu, seakan masih ada ada yang tidak kesampaian ketika menonton cerita ini. Mungkin intipati cerita ini tidak dapat disampaikan secara keseluruhan dalam filem berbanding ketika kita membaca novel ini sendiri. Justeru, aku lebih tersentuh hati tatkala mendengar bait2 puitis lagu ini yang menggambarkan keseluruhan cerita ini. Sekalung tahniah buat semua yang menjayakan filem ini.

Komen Penulis Novel Ombak Rindu

29 Nov – "Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan hasil filem ini. Memang sukar untuk menilai dan membandingkannya dengan novel kerana apabila kita membaca, ia mengambil masa lima jam. Namun apabila ia diangkat ke layar perak, ia telah disingkatkan menjadi dua jam." Itulah luahan hati penulis asal novel "Ombak Rindu", Fauziah Ashari yang tidak berpuas hati selepas menonton hasil karyanya di layar kerana perjalanan ceritanya terlalu singkat.
"Banyak yang perlu ditegur tetapi saya terima sajalah perkara tersebut memandangkan ia telah pun siap," ujarnya ketika di sidang media filem "Ombak Rindu" yang diadakan baru-baru ini. Malah penulis ini turut menyampaikan rasa kecewanya apabila tidak dipanggil untuk turut serta sebagai penasihat atau penulis skrip bersama, sekaligus meminta pihak penerbit supaya meringankan mulut untuk mendapatkan kerjasama daripada penulis pada masa hadapan.

"Sekiranya selepas ini ada pihak produksi atau penerbit ingin mengadaptasi daripada novel kepada filem, saya berharap mereka mendapatkan kerjasama penulis," akhirnya. "Ombak Rindu" yang diarahkan oleh Osman Ali ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae akan menemui penonton pada 1 Disember 2011.

No comments:

Post a Comment