Sunday 20 November 2011

Air Mata Penjernih Hati





Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka.Adakalanya buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini.

Setitis air mata kerana takut kepada Allah melebihi permata nilainya.
Gemerlapnya terpancar dari segala arah dan penjuru.

Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata karena Allah dan Rasulnya bukan semata kerana harta dan kedudukan atau pun urusan dunia lainnya.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Alangkang sempitnya kuburku, keluh seorang bathil.
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan penuh rakus, mengalirlah airmata kecewa kegagalan.

Dari mata yang redup merenung hari akhirat yang di rasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang." (Al-Hasr: 20)

Tangis adalah air kehidupan. Kehidupan kita di dunia ini dimulai dengan tangisan, diselangi oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan jua.

Manusia sentiasa berada dalam dua tangis:

Sabda Rasulullah s.a.w : "Ada 2 titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah."

Akhirnya tahu jugalah kita, ada tangisan yang akan mengakibatkan diri kita menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.

Air Mata Yang Tiada Guna
Tidak perlu menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukankah Allah yang telah menentukannya.

Tidak perlu menangis kalau menonton film india, itukan cuma sandiwara.

Tidak perlu menangis kerana cinta tak berbalas atau putus cinta. Allah akan memberikan jodoh yang lebih baik darinya.

Tidak perlu menangis jika gagal dalam ujian, mungkin kita kurang persiapan.

Tidak perlu menangis kalau wang kita hilang di jalanan, sebab mungkin kita kurang bersedekah.

Tidak perlu menangis kalau tidak dinaikan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah.

 




Lebih baik...
Menyimpan air mata tangisan untuk bekal menginsafi segala keculasan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunan-NYA jua.
~¤~


No comments:

Post a Comment