Wednesday 23 November 2011

INTEGRITI

 

Dari akar hingga buahnya ...

Integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan. Akarnya dalam, menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau sebagai mahkotanya. Ia berbunga bersama buah buahan yang merimbun, dengan warna cantik berkilat, ranum dan sedia menaburkan biji benihnya. Ungas dan haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di dahannya yang selamat.

"Di kaki langit, sang pohon bertarung dengan sang ribut yang semberono. Sang angin mencabarnya, tetapi menghilang sekelip mata, putus asa sebab bertembung dengan keutuhan dan ketinggian sang pohon. Pokok itu kekal berdiri, seraya matahari terbenam ke bumi. Malam dan siang silih berganti, tiada apa dapat menewaskan pokok ini."


Insan yang berintegriti berdiri teguh umpama pokok ini. Bertunjangkan nilai nilai murni, insan ini tidak akan tunduk kepada desakan dunia. Sifat sifat yang dipupuk dengan prinsip prinsip mulia, dan keyakinan untuk melakukan perkara yang betul menjadikan mereka stabil dan selamat dalam apa jua keadaan sukar yang datang melanda.

Mereka menghasilkan buah terbaik dalam semua aspek kehidupan mereka. Mereka mempengaruhi keluarga, komuniti dan masyarakat dengan tindakan tindakan yang berteladan. Buah yang baik menyebarkan benih integriti, mak bertunaslah pucuk pucuk baru yang serupa sifatnya.

Pohon Integriti
(Didikan berpandukan Alam Semula Jadi)

Persekitaran
Pokok memerlukan ruang dan pendedahan kepada cahaya matahari untuk membesar sepenuhnya. Integriti ialah proses pembentukan peribadi yang bergantung pada persekitaran kita. Pendedahan pada nilai nilai yang betul akan menentukan kualiti didikan kita.
(Kita membesar dalam integriti apabila persekitaran kita mengandungi nilai nilai baik dan mulia)

Air dan Nutrien
Pokok memerlukan air dan nutrien minireal yang cukup untuk pertumbuhan dan perkembangan. Nilai, prinsip yang baik dan keteguhan agama merupakan makanan untuk pertumbuhan dan pembentukan integriti.
(Kita terus membesar dalam integriti apabila kita mempunyai diet seimbang dalam nilai nilai yang tepat.)

Akar 
Akar ialah saluran masuk air dan nutrien yang diserap ke dalam pokok. Kedalaman dan kekuatan akar menentukan keteguhan sesuatu pokok itu. Setiap orang mesti bertunjangkan nilai nilai yang baik untuk berdiri teguh dengan integriti.
(Nilai nilai baik yang diserap membantu kita matang dalam integriti, menjadikan kita stabil dan mempunyai asas yang kukuh dalam kebenaran)

Buah
Buah yang elok merupakan hasil daripada kehidupan yang berasaskan integriti. Pelan Integriti Nasional yang bertujuan untuk memupuk nilai nilai yang elok setiap warganegara dalam aspek kehidupan mereka seperti berikut :
  • Individu
  • Keluarga
  • Komuniti
  • Masyarakat
(Buah integriti kita terserlah memalui cara kita mengendali pelbagai jenis manusia dan keadaan kehidupan seharian kita)      

No comments:

Post a Comment