Wednesday 23 November 2011

Anak Kita Anak Orang


Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak2nya menjadi yang terbaik, malahan jauh lebih baik daripada diri mereka sendiri. Mahu anak2 berjaya menjadi orang2 yang cemerlang, berilmu, cemerlang dalam pelajaran, berkerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat, menjadi orang yang ternama, bersopan santun, beriman, terdidik akhlaknya, dan macam2 lagi. Boleh dikatakan semua yang baik2 dan molek2 belaka. Sesedap mata memandang, sesedap telinga mendengar ... sejuk hati bila memikirkannya.

Kita juga sering membanding2kan anak2 kita dengan anak2 orang lain. Dialog seperti "Mengapa kamu tak menjadi seperti anak si pulan tu ... dah lah pandai belajar, hormat pula dengan orang tua?", "Kamu ni bodoh sangat ler ... perkara mudah macam ni pun kamu tak tahu?", "Mengapa anak si pulan tu boleh berkereta besar, kamu ni basikal cabuk pun tak mampu nak beli?", "Cuba kamu cermin diri kamu tu dulu ... rupa dah lah tak berapa nak cantik, perangai tah apa2 .... jauh benar ler dengan anak si pulan tu ....sedap mata memandang!". Kata2 seumpama ni sering kita dengar para ibu mahupun bapa melemparkannya kepada anak2 mereka .... budaya suka membanding2kan anak sendiri dengan anak orang lain.

Mengapa kita tidak mahu menginsafi bahawa setiap insan yang dilahirkan di dunia ini amat berbeza. Berbeza rupa. Berbeza minat dan kepandaiannya. Berbeza daripada pelbagai aspek. Kerana perbezaan nilah yang menjadikan kehidupan manusia di dunia ini sangat unik dan rencam. Anak2 yang sering dimomok2kan dengan sindiran, kutukan dan hinaan akan membesar dalam dunia yang penuh dengan sifat2 negatif. Mereka akan berasa rendah diri dan tiada keyakinan untuk menjadi yang terbaik. Sedangkan kadang kala untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan bukan semestinya mereka perlu pandai dalam akademik. Apa yang paling penting ialah keinginan untuk berjaya.

Justeru, sebagai ibu bapa, kita seharusnya menerima kekurangan dan kelebihan anak2 kita. Jangan sekali2 membanding2kan anak2 kita dengan anak2 orang lain. Memang kita inginkan yang terbaik untuk anak2 kita ... tetapi kita kenalah muhasabah diri sendiri. Mungkin ada hikmah atas setiap sesuatu yang Allah berikan kepada kita. Tidak semua kesepuluh2 (jika sepuluh anak ler) yang kita ada itu memiliki kepandaian dan sifat yang sama. Maka wajarlah kita menerima setiap anak2 kita itu seadanya. Terima kelebihan dan kekurangan mereka. Bentuk mereka menjadi diri mereka sendiri. Ada keyakinan diri dan semangat untuk berusaha.

Semoga tiada lagi istilah anak kita anak orang ... kerana anak2 yang dilahirkan di dunia ini adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Sebagai ibu bapa kitalah yang bakal mewarnakan anak2 kita ini dengan apa warna yang kita pilih ... putih, hitam, merah, biru, hijau dan sebagainya.




1 comment:

  1. Anak2 ialah permata hati ...
    mereka penawar di kala sepi ...

    ReplyDelete