Sunday 20 November 2011

Bila hati berbicara ...


Salam ukhwah ...

Sebelum ini aku telah membuat satu blog. Tapi disebabkan terlalu lama tidak membukanya, maka aku terlupa akan blog tersebut. Kali ini aku berazam untuk memanfaatkan blog yang baru ini ke arah yang lebih positif & proaktif. Kehidupan kita ni sangat rencam kan! Banyak perkara berlaku dalam satu2 masa. Kadang kala kita jadi lemas dalam mengharunginya. Hanya berbekalkan keimanan yang teguh sahaja barulah kita mampu untuk terus berjuang di bumi Allah ini.

Sebagai manusia biasa aku juga tidak terlepas daripada melalui liku2 hidup ini. Namun, aku amat bersyukur kerana diberikan kekuatan & ketabahan dalam menghadapinya. Aku juga amat berterima kasih kepada keluarga & sahabat handai yang sering memberikan dorongan & bersama2ku ketika aku memerlukannya. Tidak lupa juga kepada orang yang tersayang ... yang selalu ada untuk diriku. Semoga hari2 yang mendatang akan lebih memberi makna kepada diriku & keluargaku ...

No comments:

Post a Comment